Motivasi Diri dan Canva (Poster Making)
15 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari yang lepas, pihak PI Batang Maro telah mengadakan kelas Motivasi Diri dan Canva (Poster Making). Kelas ini telah disertai oleh beberapa orang peserta kanak-kanak. Tujuan kelas ini diadakan adalh bagi memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk mencapai cita-cita mereka. Impian tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Untuk menaikkan semangat mereka, pengajar cenderung untuk bercerita akan kehidupan-kehidupan apabila sudah dewasa.
Susah senang yang akan dilalui. Selepas kelas motivasi selama 40 minit, kelas disambung dengan membuat poster menggunakan Canva. Canva merupakan applikasi atas talian yang mempunyai pelbagai kegunaan. Pada 14 Januari, kanak-kanak telah diarahkan untuk membuat poster mengenai hari guru. Di akhir kelas, mereka dikehendaki menunjukkan hasil kerja masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: